Selamat Hari Raya AidilAdha !
Hyeeee . Salam aidiladha daripada saya dan keluarga saya untuk sesiapa yang membaca . Tahun ni , family aku sambut aidiladha di rumah makngah kat Kulai . Ibu dan adik naik kereta makcik aku . Aku , kakak aku dan maktam naik bas . Kami bertolak pada waktu petang . Kami pergi pada hari isnin , 14 Oktober . Hari tu jugalah hari lahir kakak aku yang ke 20 tahun .
Selamat Hari lahir untuk akak aku yang aku sayang . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dapat 4 flat dalam fnal exam nanti . Walaupon aku selalu gaduh dengan kau tapi air yang dicincang takkan putus =)
Kami ke sana dengan menaiki bas . Ayah kerja . Dalam bas dari renggam ke simpang , ramai giler mamat indon naik bas . Dah lah aku anti giler siak -,- Aku dan kakak aku pun jadi orang arab . Pakai purdah memandangkan time tu kami pakai pashmina . Lepas dorang turun jew , baru kami bukak purdahnyew . Bau macam 'minyak wangi' =.= Bila dah sampai , kami terpaksa berjalan ke dalam sebab biasalah bas kan hantar sampai jalan luar jew . Ibu dan adik mesti dah sampai . Sampai rumah makngah , terus buat ketupat . Nasib baik ibu ada ajar sebelum ni . Pandailah jugak aku buat ketupat #bangga diri . Bella (sepupu) suruh ajarkan buat ketupat tapi tangan dia terbelit-belit dengan daun ketupat . Lepastu masukkan beras dalam kelonsong ketupat tu dan masak . Malam pon menjelma
Sementara tunggu ketupat masak , aku ,akak dan maktam singgah rumah abang along (anak makngah merangkap abang saudara ) . Rumah dia tak sampai 1 kilometer pon dari rumah makngah . Nak tengok lemang yang dimasak oleh abang along dengan abang aid (abang saudara ) . Tengok rumah dia ala-ala gaya inggeris . Cantik sangat ruang dalam rumah dia . Lepastu tunggu ketupat masak , aku dengar lagu dan tido . Ibu dan maktam yang jaga ketupat =3
Dah bangun , dah siap-siap mandi , pergi ke surau kat Taman Wawasan . Tengok lembu =3 Makngah buat korban untuk anak - anak dia dengan cucu dia sekali . Lepas dah sembelih tu , semua pon balik ke rumah . Tak sampai beberapa minit , pak uda datang dengan keluarga dia . Mulalah berbual dan senda gurau antara mereka adik beradik . Tak tahan ngantok sangat , aku terus masuk bilik dan tidur .
Lama jugak aku tidur sampai tak sedar ayah dah sampai . Main-main dengan adik saudara aku , Fitri sekejap . Tak lama lepastu pak uda dengan keluarga dia pulang sebab kawan pak uda nak datang . Keluarga makcik aku yang tumpangkan ibu pon sama jugak balik Selangor sebab esok anak dia nak sekolah . Tinggallah family aku jew . Ibu pon buat keputusan nak balik . Dah packing barang and makanan untuk mak oteh aku yang tak dapat datang , terus pulang tanpa singgah mana-mana .
No comments:
Post a Comment