
Lepas dorang ' bershopping sakan ' , kami pergi ke kedai yang menjual coklat yang diproses sendiri . Bas yang lain pergi makan dulu . Kami pergi ke kedai tu dulu sebab kedai makan tu tak cukup tempat . Masuk ke kedai tu , kami dilayan mesra dan diberikan air coklat yang boleh tahan rasanya . Belek2 coklat tu tapi tak beli . Kawan-kawan aku jew yang beria sangat nak beli . Tuan kedai tu bagi coklat bar kat aku . Heeehe . Boleh lah tapi sebenarnya sama jew dengan coklat kat Malaysia .
Lepastu , kami bergerak makan . Makanan disupport oleh anisshh yang comel dan baik hati walaupun 2 pinggan cukup untuk kami berenam . Buat alas perut . Then , #speaking London kami menunaikan solat jamak di surau berdekatan kat situ jugak . Aku kan tengah ABC so terpaksa jaga beg dorang sementara dorang pergi amik wuduk kat bawah . Tengah2 aku duduk , ada makcik ni datang kat aku . Tanya dari mana . Sekolah mana . Aku jawablah semua soalan dia and dia pergi . Lepas beberapa minit , dia datang kat aku balik n bagi $10 kat aku supaya belanja kawan2 . Aku nak tolak tapi makcik tu tak kasik . And terpaksa amik .
Lepas2 dah solat , kami bergerak ke lorong kat sebelah kedai makan tadi dan naik bas . Tunggu mereka yang lambat sampai aku pon berbual . Lepastu cikgu tanya mane jiran sebelah aku , Dini , Seri dan Mardhiah . Aku perasan dorang tadi ada kat kedai kat belakang masjid tapi lenyap terus . Cikgu Nazlia dan Cikgu Saerah pon cari dorang . Alhamdulillah jumpa dorang . Selepas semua kejadian tu terjadi , kami berjalan-jalan kat Bugis Village . Kat situ barang2 souvenir lagi murah dari tadi . Rasa kesal dorang pon timbul . Anis ajak jalan kat lorong2 nak cari baju wolf exo . Akhirnya dapat jugak walaupun takdew nama kat belakang .
Tadaaaa ~ ~ !!
Lepas ni , kami pergi ke merlion park . Kat situ ada patung singa mulut dia keluar air . Kat sini paling sporting my mama , ketua kumpulan kami bergambar . Posing maut ~ ~ !
Kesian aznee kena pendekkan diri =3
Lepas having fun with my mummy , ni tempat last kami sebelum kami balik ke Malaysia . Iaitu sentosa island atau universal studio . Kat sini macam-macam benda boleh buat . Kami tak dibenarkan main sebab masa tak sempat . Gara-gara kat imigresen lah -_- Kat sini jugak kami guna duit $10 dengan beli gambar kami bertujuh .
Tempat aku menghabiskan duit $10 untuk beli coklat hersey's =D Sedaaappp sangat !
Gambar daripada duit $10 yang diberi oleh makcik yang sangat baik hati =)
Kawan-kawan aku sedih sebab tak dapat habiskan duit dollar lagi padahal duit dollar aku dah lenyap beli coklat . Dah lalu semua imigresen , singgah sekejap kat RnR Gelang Patah . Tunggu bas satu lagi . Beli wafel dan nasi goreng dikongsi bersama . Cikgu suruh cepat tapi akhirnya kami duduk dalam bas tunggu budak2 bas lain makan dan bersantai kat RnR . Memang fed up aku time tu --'
No comments:
Post a Comment